Disebabkan sekarang aku tengah pregnant, so mulai harini sampai lah berpantang, aku nak share pengalaman/panduan yang aku dapat ni untuk kebaikan bersama.
Dulu time mengandungkan Nia, aku lambat makan asid folic..akibat morning sickness..susu lagila aku tak minum. Tengok kotak susu tu pon aku dah loya. Bau masakan pon loya. Semuanya loyalah. Cumenye aku tak pernah muntah sepanjang mengandungkan Nia dulu. Kalini aku tak pasti lagi macamne ragamnye.
Kalini aku akan cube yang terbaik. Asid Folic aku dah stat makan seawal 4 minggu. Same jugak macam susu ibu mengandung tu. Alhamdullilah setakat ni tekak belum mengada-ngada lagi. Semua aku boleh telan. Jom ibu-ibu mengandung, kite tengok ape perkembangan baby kita dalam perut. :)
Perkembangan Bayi Minggu 1
Lapan hari selepas persenyawaan,
blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.
Nota Hamil : Anda digalakkan makan lebih banyak asid folik iaitu 400 micrograms (mcg) sehari.
Asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah selain dapat mengelakkan
kecacatan janin seperti spina bifida.
* Belum stat makan asid folic lagi..
Perkembangan Bayi Minggu 2
Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari.
Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu- ribu. Setelah itu, blastocyst disauh
dengan kukuh pada endometrium.
Nota Hamil : Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi
asid folik, besi dan kalsium termasuklah beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan
bayi yang sihat.
* Tak amek sume yang disebut diatas.
Perkembangan Bayi Minggu 3
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2 mm.
Gen mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.
Nota Hamil : Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil kalsium. Antaranya keju atau susu.
Namun terdapat beberapa jenis keju yang boleh menyebabkan listeria.
Penyakit ini menimbulkan kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukkan. Digalakkan juga memakai stokin, serta baju panas.
* Takde pon rase seperti itu?..
Perkembangan Bayi Minggu 4
Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang.
Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)
Nota hamil : Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif, anda dapat mengelakkan
ketidakselesaan seperti sakit belakang, sukar tidur, sembelit dan keletihan.
* Kene naik turun tangga opis pasni!
Setakat ni aku ok je..cumenye, aritu time dekat kampung..kaki aku sakit..macam kejang otot tu..time tido pulak. Hadoi dah 2 tahun tak rase camtu..Sakit.....Lepas kejadian tu terus insaf dan beli susu. Eh.
* Kene naik turun tangga opis pasni!
Setakat ni aku ok je..cumenye, aritu time dekat kampung..kaki aku sakit..macam kejang otot tu..time tido pulak. Hadoi dah 2 tahun tak rase camtu..Sakit.....Lepas kejadian tu terus insaf dan beli susu. Eh.
Dan ye..inilah susu pilihan..same macam dulu. Selain rasenye yang amat sedap bile di minum panas-panas tau.sluppp.
Hope baby dalam perot membesar dengan sihatnye..cth seperti budak dalam gambar tu.
ngeee.
Oklah..tak larat nak menaip pepanjang. Bukan sebab jari dah gemok. Tapi akibat kekenyangan yang amat dasyat. Banyak giler makan time berbuka tadi tapi best pasal harini dapat berbuka dengan sume ahli family..
No comments:
Post a Comment