Salam sume..
Hye ibu-ibu or bakal-bakal ibu..Kalini saya nak story pengalaman saya minggu kelima hingga kelapan. :)
Perkembangan Bayi Minggu 5
Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya
masih dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan
bertukar menjadi jantung.
Nota Hamil : Suhu badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan pada bayi.
Jadi elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat.
* Setakat ni memang belum pernah buat senaman pape lagi. Walaupon tau senaman bagus untuk ibu mengandung.
Perkembangan Bayi Minggu 6
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut.
Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat.
Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini membesar jari kelengkeng
dan pergerakkannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.
Nota Hamil : Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda jadi lebih teruk lagi.
Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas. dan kebiasaannya gatal-gatal akibat pengelupasan kulit seluruh badan. Nasihat saya jangan garu dengan kuku atau benda tajam sebaiknya sapukan losyen sepelas mandi atau ketika kulit terasa kering. Banyakkan minum air mineral.
* Haish yang ni memang betul berlaku..Time mengandungkan Nia dulu takde pulak. Dan sekarang aku dah start minum air kosong 2 liter sehari. Harap dapat maintain sampai bebile amalan ni.
Perkembangan Bayi Minggu 7
Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukkan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk.
Nota Hamil : Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu,
jika terpaksa berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini.
Anda juga mudah berasa letih. Banyakkan berehat bagi mencapai keselesaan.
* Yang ni tak berapa kene dengan aku lah rasenye. Setakat ni alhamdulillah sihat. Rase cepat letih tu pon takde cume kekadang sesaje wat letih depan Anas. Hahaha.
Perkembangan Bayi Minggu 8
Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk.
Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.
Nota Hamil : Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak. Digalakkan memakai pantyliner dan menggunakan pencuci khusus alat sulit untuk keselesaan. Serta kerap menukar seluar dalam yang bersih.
* Yang ni pon takde. Cuma aku memang amalkan pantyliner bukan setakat time mengandung ni je. Sebelum ni pon ade jugak pakai sekali-sekala.
Harini aku dapat tengok denyutan jantung baby dengan clear. Baby pon dalam keadaan yang sihat alhamdulillah. Doktor tak banyak komen sangat harini.
Cume doktor bagi next scan punye date lambat sangatla..21 November 2012. Hadoi. Dahla aku ni suke scan-scan. Pastu terus tanya..
Aku : Doktor, kalau saya nak scan sendiri dekat klinik boleh tak?
Doc : Boleh. Memang boleh apesalahnye. Sebab u yang bayar sendiri so kite dekat sini takde masalah.
Aku : Takde effect pape ke kalau saya selalu scan-scan ni??Scan 3d...4d...
Doc : Baby takkan effect pape if kite selalu scan. Tapi janganla sampai u scan seminggu sekali pulak.
Kalau camtu bulan depan aku nak ajak Anas pegi scan dekat Klinik Rekha la..sebab scan situ memang puas hati. Clear.
Balik rumah terus simpan date untuk next scan dalam phone supaya tak lupa. Yela aku ni kan suke tukar-tukar tarikh nak checkup. Ade je hal. Hehehe sori doktor. Kalini tak buat lagi.
Ok itu je yang boleh aku ceritakan harini. Oh ye..next 10 September ni tarikh checkup dengan nurse pulak. Thanks b sebab sudi temankan Ny pegi checkup.;)
Ok bye!!
Thanks for reading my entries. Love, Irnie Rinawaty