Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Thursday, August 30, 2012

Raya Pertama 2o12

Assalammualaikum.


Jom kalini nak share gambar raya 'FAMILY BESAR SAYA'.

Dulu-dulu kan, mase time sekolah, aku tak suke adik beradik ramai. Sebab bagi aku agak merimaskan & bising. Segalanya nak kene share. Boring. Kadang-kadang pernah berangan, kalaulah aku ni anak tunggal..mesti best. hahahaha. Perasan.

Tapi bile sume dah besar-besar, dan sejak aku kahwin, rase seronok pulak. Bangga bile cakap adik beradik saya ramai. 9 orang. Lepastu, masing-masing sumenye bile dah besar agak sporting & dah rapat. Ingat lagi time kecik-kecik..aku suke gaduh dengan adik-adik aku. Yang aku paling ingat, aku pernah ketuk kepala Icap sebab die gigit aku. Hahaha. Pastu, bile main bola dengan Ira, saje je aku baling tinggi biar sampai kene kepala die. Selalu kene marah dengan mama. Kalau apape sure aku kene punye sebab aku antara yang nakal jugakla. :)

Ok ni lah gambar raya kami sefamily. Hasil tangkapan abang Ipar. Kredit utk kamera Icap.


 Tu die. Meh aku perkenalkan. Yang paling kiri tu adik paling bongsu. Irdina. Sebelah die kakak sulung, Intan. Sebelah lagi kakngah aku, Irma. Pastu Icap, Is (Mesir), Mama, Papa, Ipan, Niny (aku ler) sebelah aku tu Yin pastu Ira.
 Kalini adik beradik perempuan bergambar bersama anak masing-masing. Background gambar ni lawa kan. Itam putih gitu. Ni kuarters Tampin. Nampak tu Nia taknak lepas kopok udang dari tangan die.
 Ok bergambar bersama kami bertiga yang dah kahwin dan suami serta anak sekali lagi. Time ni baju tak sedondon dengan my Anas & Nia.


Tema kaler itam+putih ni memang dari last year punye plan. Tapi plan mama tak jadi bile Is tak balik beraya. Die beraya dekat Mesir tahun lepas. So tahun ni mama nak ambik gambar family dengan baju tema..Complete sume ade.


* Dengar cerita ade orang tak puas hati gambar ni....Diorang plan nak bergambar sume balik sekali lagi..kalini nak tema PINK pulak dah!!!!grrr...macamtu la bile dah ramai-ramai ni. BANYAK KERENAH! Layankan jele......


Thanks for reading my entries. Love, Irnie Rinawaty

Tuesday, August 28, 2012

Selamat Hari Raya!

Salam Lebaran ...

Raya tahun ni kami beraya dekat Tampin. Memang best sebab suasana lain dari tahun sebelumnya. Dan raya tahun ni kami memilih tema kaler biru turquoise. Eh aku memang suke sesangat kaler ni. Macambiasa, raya pertama agak busy..ni pon nasib sempat snap gambar raya family.


Time ni Nia menangis tak pasti nak apetah. Sekarang ni memang banyak ragam..nak dapat adikla katekan. Hem..saba jer la mommy.

Raya ke 4 untuk kami suami isteri. Makin sayang bertambah sayang. :)

 Ini dia..Nia Adellia. Tahun ni dah pandai makan kuih raya..Kuih kegemaran ialah Tart Nenas. Amboi sama dengan mommy nampak? Pastu duit raya pulak susah nak lepas dari tangan die. Grr.

Ok itu jelah cerita raya aku. Bukan tu je. Tapi cukup untuk setakat ni. Mood macam takde nak update cerita pepanjang. Pembawakan budakla katekan. Hih. Macam malaz je nak on lappy sekarang ni. Gambar yang berlambak-lambak membuatkan aku loya. Hahahaha. Mengadanya.

*Tak saba nak scan baby besok. ;)


Thanks for reading my entries. Love, Irnie Rinawaty

Photobucket
© Irnie Rinawaty | Templates Design by | © Nurulchumel's Design