Tuesday, May 1, 2012

Hari Pekerja

Harini 1 Mei 2o12


Sebelum tu, jom tinjau entry tahon lepas pasal 'Labour Day' ni.. Klik sini.


Ni kire sambungan jugak la ek. Ok aku still keje tempat yang sama. SAINS. (Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd.) Biasenye aku gi keje drive sendiri dari uma ke tempat keje ambil masa lebih kurang 5 minit saje. Dekat giler kan. So takde alasanla untuk aku lewat gi keje. Biasenye pepagi, hantar Nia dulu ke taska. Taska pon dalam taman aku jugak. Dalam pukul 7.37am tu kire aku memang dah start enjin ketelah. Dan seperti biase juge, anas orang terakhir keluar kerja & die bertanggungjawab kunci umah segala bagai. Time keje aku, masuk pukul 8am-5.15pm lek. Anas biase kuar keje kol 8am tapi lek tak menentu. Dan macamtula rutin harian aku.


Tetibe terasa..kalau aku tak keje kan best. Duduk rumah boleh buat macam-macam. Ish memang banyak bendalah aku dapat buat. Seronok giler. Boleh masak, update blog hari-hari..Kalau kerja, masa terluang tu terhad sesangat. Masa bersama keluarga pon rase kejapnye...hem..Lepastu penat. Dengan kerja rumah lagi, Nia lagi..


Aku bukan jenis orang yang sukekan disiplin. Itu tak boleh buat, ini tak boleh buat. Boringnye. Makin lama, makin banyak pulak rules yang aku kene ikot dekat opis tu. Time minum pagi aku dah takde..time berborak aku dah tak boleh..eeee tensi tau tensi. i hate that!!!!Kalau dipikirkan lagi best aku dok opis PD macam dulu. Takde orang nak menyibuk hal aku tak macam dekat HQ ni. Tapi nak buat macammane kan..layankan jela. Aku tak kesah pon sangat. Janji kerja aku sekarang ni tak terlalu memeningkan aku sudah. Kang tak masal aku benti keje pulak. Eh cakap pasal benti keje, my boss yang sporting sudah berenti dari SAINS. 


KALAUla aku ade modal besar, aku nak sangat bukak bisnes yang aku sendiri handle. So tak terikat dengan orang lain. Best pulak bile tengok orang ade butik sendiri, salon...jeleznye!!dah taknak makan gaji lagi. Boredla gaji tak seberapa pon. ~eh keje tak seberapa nak gaji lebey lak ko~. Tapi tulah..takmau cakap lelebih. Manela tau dah memang ditakdirkan sampai pencen aku keje dekat sini, nak buat macammane lagi kan?


Tapikan,..nasib ade Nia Adellia dalam hidup aku. So pape yang aku buat, bile teringat die...hidup rase bermakna sangat. Kembali bersemangat. Chewahhhhhh.


Ini lah rupe tempat duduk aku seharian..makanan memang takde ye.


* buat yang ade anak, letak gambar anak dekat desktop boleh wat kite tersenyum sendiri kan. Rase tak sabarnye nak jupe petang. Kalau takde anak letak gambar asben. Kalau takde asben letak gambar pakwe. Kalau takde pakwe letak gambar diri sendiri je ler,.(lepasni jangan pulak ade rules 'TAK DIBENARKAN LETAK GAMBAR PERSONAL DEKAT DESKTOP') Lempang ko kang.


Thanks for reading my entries. Love, Irnie Rinawaty

LangkaWi ~ 3

Ini episod last....


Rase kejap sangat. 3 hari 2 malam memang tak cukupla bagi aku nak round sume tempat bersejarah dan dalam masa yang same shopping kat sume tempat. So kene pandai atur strategi. As usual, lepas breakfast dekat hotel..dalam pukul 9am kitorang dah gerak 2 kereta ke destinasi terakhir. Disebabkan Rams bukak pukul 10.30am, kitorang sume pegi ke dataran Helang untuk bergambar. Mama tak ikot time ni sebab tunggu dekat Rams & akan roger kitorang if Rams dah bukak. Mama paling excited ok..


Ini die...akhirnya..aku tak pernah pegi tau dataran ni. Dulu time pegi Langkawi pon tak sempat singgah
Dan...dapat jugak kami bertiga amek gambar kat Helang besar ni..Time ni lupe nak belikan Nia spek.  Chian die panas.
Yang amek gambar ni dah tentula adik aku Icap a.k.a Each a cup. Nasib ade kamera gedabak die.
Tengok tu si Yeen & Nana saje je amek gambar dekat LANG. I hate u.
Lame jugakla lepak sini. Sebab penat tau jalan. Jauh jugak nak ke sini.
Cantikkan pemandangan kat situ.
Bersama 'blogger' iyu. Yintekmarcelo.
Thanks papa sebab bawak Niny. Miahaha
Layankan jela gambar-gambar ni ye. Adik-adik ku sumenye memang gile berfoto.
Lawa jugak kain ela ni. Tak pasti Yeen beli or tak.


Ok dah habis tu, kitorang terus pegi Rams. Nasib kedai ber aircond. So selesa la nak bershopping. Anas pon cuci mate jugak tengok perfume & jam dekat situ. Nia?? berjalan satu kedai ye uoalls. Letih nak mengejar. Nasib adik-adik aku ade yang sudi melayan. Eh kedai tu ade lift tau. Update gitu. Tingkat atas bahagian langsir2 & kain alas. Aku round tingkat bawah je sebab banyak jual barangan dapur dan pelbagai jenis coklet. Rambang mata sebab sumenye murah belaka kecuali perfume.


Dah sudah tu, time lunch kitorang pegi makan dekat restoren ala ala Thai. Memang sedap.. superb.. Walaupon makan time cuaca panas giler, tapi tetap dapat nikmati dengan..yum.yum sekali. Nia suke udang butter. Aku pulak gilerkan ayam lemon die. Anas makan dengan senyapnye. :) Lepas makan aku memang dah tak larat, lagipon Nia belom tido, so terus lek bilik. Mama & geng (yeen+erra) sanggup tak makan tengahari sebab nak habiskan shopping punye pasal. Yela flight ke KLIA petang tu pukul 6pm jadi kene habiskan masa terluang dengan perkara berfaedah. Miahaha.


Gambar dekat airport tak banyak. Memasing dah penat. Tapi yang penting gambar Nia wajib ader.


* gambat Nia bersama beg yang penuh dengan mainannye. Nampak tak gambar pertama mama tangah berurut. Penat ler tu.


Ok seperti yang dijanji dalam entry lepas, ini die hasil tangkapan aku dekat Langkawi. Enjoy!


Sudip dan sudu2 dekat sana memang berkualiti + murah. Pening pilih pasal banyak sangat pilihan. Aku suke jenis sudu yang berat tu. Tak mudah bengkok. Dah beli sudu, kene beli tempat letaknye sekali. Cantikkan. Kayu. Tapi belum digunakan lagi. Sayang pulak.
Key chain memang perkara wajib yang akan dibeli oleh sume orang aku rasa, kalau pegi melancong. Tapi kalini aku tak beli key chain. Aku beli fridge magnet, itupon tak banyak. Tak sempat nak memilih. Balik rumah terus menyesal. Yang bawah tu tabung tau. Nia punye.
Haa..yang ini paling aku minat sangat. Rase nak borong banyak tapi lecehla pasal berat + risiko takot pecah. Yang set teko tu design baru. Tengok cawan die lebar sket. Yang bawah ni pulak, tempat letak kek niny. Gile kek kene la ade tempat letak kek. Eh.
Yang atas tu, tempat hiasan boleh, kalau nak gune pon boleh. Mama kate boleh letak garam & geng. Tapi tengok aku simpan jadi perhiasan. Kat sini macam takde jual je. Bawah tu dulang. Masuk ni aku ade 2 set dulang dari Langkawi. 1 kawan aku kasi time kawen dulu. Thanks Huda.
Ni pulak aku beli sebab kaler pink. Tengok tu bawah pon kaler pink gitu. Murah je ni. RM26 tak silap. Jenis tak melekat. Aku dah try. siap masak ayam masak sos lagi. Sedap kate suamiku. theeeee.
Beg ni wajib beli kate mama. Memula tak paham kenapa. Rupenye supaya dapat letak barang yang  ko dah beli tu dalam beg ni & bawak naik atas flight. Waaaa.pandainye mama. Pastu boleh tarik je senang kan. Tak berat. Beg ni harganya RM79 je. Murah. Kat sini aku tengok seratos lebih macamtu.
Ini juga dikirekan barang wajib beli. RM70 je untuk cadar seperti gambar di bawah.
Kat sini jual harga seratos lebih. Dah pasang nampak cantik pulak. 1st time beli cadar tau. Sebelum ni pakai cadar yang orang kasi hadiah kawen. Ade 3 set so buat ape membazir nak kene beli kan. :)
Lepas je pasang cadar baru, tak sempat aku nak rasmikan dulu tau pasal Nia terus meloncat atas katil sambil cakap 'Antik mimmy..Antik'
Ok. Saje je letak gambar ni last. Jeng.jeng. ini juga adalah 1st time ye aku membeli pinggan mangkuk. Lepas tu terus beli Corelle pulak. Amboi belagak. Tapi kalau tak beli kat sane, aku rase tak mampu jugak beli dekat mall. Giler mahal harge die. Kat sana kene pandai pilih, sebab harge berbeda-beda. Lepas tu corak terlalu banyak. Aku amek bunga baru. Kaler merah.
Aku beli satu set dalam kotak belakang tu. Dan tambahan seperti gambar depan. Alamak aku dah start cintakan barangan Corelle la. Macammane ni. Aku ingat nak kumpul sket2 pinggan mangkuk brand ni. Yang penting nak kumpul bunga yang sama. 


Itu saje cerita aku untuk entri kalini. Kesimpulannya, aku tak puas shopping barang & rasa nak pegi lagi. Next year nak ajak anas pegilah. Opps..aku bukan pergi sana untuk bershopping semata tau. Aku pegi untuk berjalan sesambil tu bershopping. Eh pasan tak gambar coklet takde??Tak sempat amekla. Pasal dah habis. Oklah. Nia pon da nak tido ni. Bubye..!

Thanks for reading my entries. Love, Irnie Rinawaty

Photobucket
© Irnie Rinawaty | Templates Design by | © Nurulchumel's Design