Sunday, September 30, 2012

Bestday Anas

Aritu 3 September besday my hubby, Anas yang ke 36..Kitorang jarak umur 9 tahun..jauh beza kan..So haritu aku memang taknak beli kek. Pasal sebelum ni kalau beli mesti aku je yang makan lebih. Biasela lelaki mane suke kek krim-krim ni kan. So...

Peepagi tu terus pegi Giant Senawang sebab nak beli benda alah ni...haaa,,,pening jugak nak memilihnya..1st time la katekan.
Eh sempat singgah kat manjaku Dataran Senawang tu sebab nak beli puting botol Nia..memandangkan aku sekarang ni preggy, so teruslah buat member card. Untung ibu-ibu mengandung!
Bayar RM3 sebagai yuran sekali sepanjang kehamilan..Expired date pulak 8 April 2013 iaitu tarikh jangkaan aku akan bersalin. Yea....
Ini barang-barang yang die kasi dalam paper beg manjaku tadik..Ok ler tu kan..Sume ni aku belum guna lagik.
Ini dia antara bahan KEK LAPIS GULA GAMBIR kesukaan Anas..Resipi ni aku dapat dari Kak Hajar. Adik Anas..die memang rajin buat kek ni terutamanya time raya lah. Thanks kak.
Dan jangan tak tau ni kek turun temurun dari mak mertua aku..Paling bestnye tiap kali aku beraya dekat rumah sedara mara Anas dekat Pilah ade je kek Gambir ni. Macam-macam kaler lagi.
Yeahu...dah siap! Tunggu kepulangan suami tercinta pulang dari keje..
Bukan main lama nak buat ini kek..adoyai..jawabnye memang setahun sekalik je la aku buat.
Besday boy & anak manja yang ready nak ngap je tu..Aku tak berapa gemar kek ni..Tapi aku suka time belum masak tu. Banyak jugak aku makan mentah-mentah tu.                                ~ini bukan pembawakan budak k~
Nyanya makan apa sahaja...
Time ni baru je balik dari taska. Ooo haruslah hantar taska kalau nak masak sesuatu. Nanti ade je pengacau.
Tinggal sikit. Time panas best.
Ini makanan sampingan untuk malam tu..Nia punye aku masak mee goreng basah tak pedas.
Anas punya aku buat mee bandung ala Niny. Ok ler tu..1st time buat ni..Special untuk Anas. Nasib die suke. Hihi.


Itu je cerita besday Anas untuk tahun ni..Tapi Anas kate die dah dapat agak aku akan masakkan sesuatu untuk besday die..so kirenye tak berapa nak surprise ler ni..Hmm.

*Baru habis suap Nia Adellia mash potato yang aku buat sendiri..Minggu ni tak kemana pon. Macam takde mood pulak. Musim panas kan..Ni sekarang Nia tengah tengok aku taip-taip. Pastu nampak gambar mee tu terus cakap 'hemmmm sedapnye mee tuuu'. Abahnye macam biase la tidoooooo jer. Semalam aku teragak nak makan baulu panas. Sampai terpikir-pikir gitu. Petang tu terus pegi Tesco beli. So yummy!

Thanks for reading my entries. Love, Irnie Rinawaty

Saturday, September 29, 2012

Lawatan 5S

18 September 2o12 (Selasa)

Lawatan 5s ke SUK Melaka yang dah lame plan akhirnya berjaya diadakan sehari selepas cuti Hari 1 Malaysia. Nak cerita lebih lanjut, jom jelah layan gambar kat bawah ni.

Mak buyung bersama mak buyung. Perot belum naik lagi memasing. Niena dah 5 bulan. Aku pulak 3 bulan.
Ok posing lagik.. Nasib kitorang ok je time lawatan ni. Yelah nak melawat banyak tempat ni kene banyak berjalan. 

Berpusu-pusu orang nak masuk ke Pejabat Ketua Menteri Melaka. Nak tengok ape yang berjaya diorang 5s kan. Hihi. Jom terjah.
Eh ape pulak ni. Banyak nye masa orang kerajaan ni ye...rajin......:)
Bukan main hias lagi..Agak-agak nak ke buat dekat opis SAINS nanti ek??tunggu....
Yang tak tahan pembalut tong sampah pun nak cantek macamtu..Yang penting bersih + tak berhabuk.
Zon Hijau.
Ini pulak sudut 5s diorang..Ok tak?
Kene wat macamni jugak supaya orang tak tersalah pegi department orang len..Tiada alasan. wii.
Haaa...yang ni aku rase memang kene ade..Cume tak payah taruk urusan peribadi kot. Kang memanjang ade je urusan peribadinye.
Ini pantry diorang..terasa suasana macam dekat rumah la pulak..best kan. Sure makan berjam-jam ni.
Tagging tu penting. Manusia mudah lupa.
Reban Ayam..Again??motip?
Tandas terbersih tau..ko mampu? 
Hah...ini toilet ok. Ade langsir bagai..siap muzik+wangi jer...pastu lantai kering..memang bersih!
Ade sudut kitar semula lagi.. Bagosss.
Ini dia..sampah dibahagi ikot jenis supaya boleh diguna pakai lagi..betol-betol disiplin kan.


Kesimpulan dari lawatan yang kitorang pegi itu hari, aku rasa ade yang patot dicontohi..Banyak kot. Cume nak atau tidak je..Pokok pangkal terletak dekat diri memasing. Orang lain boleh buat kan, takkan ko tak boleh. Cume ade sesetengah jela bagi aku agak serabut dek mata..mungkin itu cara diorang kan..Tapi memang respek la sebab diorang ni rajin gunakan barangan terpakai..sangat kreatif. Memang menepati tujuan utama 5s. Kemas + jimat kos!

oK itu je nak share..

Lepas ni nak wat lawatan 5s ke mana pulak e..;)


* Tak sangka dapat jupe kawan lama..kawan sekelas..serumah..time Politeknik Shah Alam dulu. DAYAH a.k.a 'D'. Nanti if rajin aku akan update cerita2 aku dengan kawan2 lama dulu. Gambar dah ade cume tunggu time sesuai nak cerita..ok?


Thanks for reading my entries. Love, Irnie Rinawaty

Wednesday, September 26, 2012

Happy Birthday Mama & Dina

22 September 2012

Hari Sabtu baru-baru ni, kami sefamily berkumpul kat uma Tampin..sume ade kecuali abang-abang iparku. Abg Nomi pegi memancing..Zaki pulak keje. Anas je ade. Cian die takde geng. Tapi die ok je. Memang da plan nak berkumpul sume pasal minggu ni Is last..dah nak balik Mesir. Pastu alang-alang nak celebrate besday adik bongsu kitorang & mama. Dina 20 September. Mama 26 September. 

Sebelum gerak. Bangun pepagi je terus cakap 'jom lek Tapin...'
Suke buat muke macam-macam bile suh bergambar. Beg tak tinggal. Penuh dengan permainan masak-masak die.
Yeahuuu!! Ini dia Pavlova yang di nanti-nanti. Kalini beli 2 layer..takot tak cukup. Memasing kan mulut naga.
Ini pon aku yang order. Memang best kek ni. Beli perisa vanilla+oren. Wajibla ade vanilla kalau aku yang beli! Tapi nasib mengandung kalini aku tak berapa heran kek memanis camni.

Cantik kan..geram je tengok. Pavlova ni RM120.

Yummy!!!!
Ini adalah kek batek yang aku buat khas untuk adikku Is. Die yang paling suke makan kek batek. Siap mintak aku resipi pastu buat dekat Mesir. Menjadik katenye..tahniah!!!!!!!!!!hihihi.
Itu dia..........Sumenye kemanisan...Adik manisssssssssss.
Memasing dah tak sabar nak balun kek sume ni. Tapi kene tunggu mama..tengah bergayut telefon pulak time-time camni.
Roti jala datang khas dari Putrajaya..
Anak manjaku bersama pink tutu nyer. Over macam besday die pulak.
Mama yang puas hati dapat tudung Pearl Haya paling mahal..Gembira betol!!
Nia Adellia yang makan mengadap pavlova. Sesenyap je tengok die dah nak habiskan anggur.
Gambar hadiah mama, Dina & Is. Bestla korang kan!! Nanti harijadi Niny jangan dilupakan ye. hahaha
Is potong Pavlova..Dalam pavlova tu ade marshmallow skit.
Pavlova paling laku. Kedua kek. Ketiga kek batek. Tapi Anas sorang yang makan. Sedih!! Thank b sebab pandai jage hati ny. Sob Sob.

Ok seperti yang dirancang...petang tu kitorang gerak 3 kereta ke Umbai, Melaka. Lokasi makan malam kalini ialah dekat Restoren Terapong. Cayalah papa!

Ni dia gambar budak Irdina Syazana si birthday gurl tu. Comel x???
Antara menu kegilaan aku ialah sotong masak pedas + ketam blackpaper. So yummy!!tak tipu....

Masak asam pun memang terbaek....hirup pon sedap!!Tapi takleh lawanla masak asam yang mama buat. Tapi agak kecewa dengan butterprawn die. Dahla tak sedap..pastu udang tak fresh. 
Tengah snap2 gambar makanan, Nia sibuk suh snap gambar die masak roti burger tu.
4 orang anak buah saya. Nadhrah, Kyra, Amsyar & Arissa.
Dan anak saya...tak perlu diperkenalkan lagi. :(
Ifan yang rajin melayan anak buah...Chayang uncle Pan!
Pemandangan malam hari.

Balik je malam tu dalam pukul 10pm. Terus aku suh Anas bakarkan mercun bunga api yang papa nak tu. RM150 aku beli tapi memang puas hati..lawa giler!! Terlupa pulak nak mek video.


23 September 2o12

Kuih conflake & cookies yang dipanaskan oleh mama. Diorang kate sedap. 
Dan mangga AGAIN! Balik Tampin memang tak sah kalau tak petik mangga. Air cocktail tu aku yang buat. Sementara tunggu makan tengahari.
Wowiiiiiiiii...makan tengahari yang best!! Mama masak memang sume terbaek!! Tempe tu best!
Ini dia..sambal kuini..FEVERET! Siap pesan kat mama supaya jangan buat pedas sebab nanti aku nak makan banyak. Dan paling ku tidak sangka mama masak lemak ikan masin + nenas. Baru je terfikir aritu. Time mengandung kalini aku suke makan ikan masin la. Best...

Sumenye dah terhidang..Apelagi...serang!!!!!!!! No diet2 bile jupe masakan mama ok.
Aku siap timbang berat sebelum + selepas makan. Ternyata selepas makan naik sekilo. Tahniah!
Aktiviti masa lapang. Amek handphone orang & bukak video. (sambil sorok belakang kusyen)

Aktiviti lain. Makan eskrim. Thanks auntie Yin sebab jadi penjual eskrim pada hari itu..

Sape nak 'starwberry????jagung????vanilla????

Lepas makan tengahari tu memasign balik rumah...Dan aku sempatla tapau lauk pauk tu sume. Thanks Yin sebab banyak main peranan dalam party kalini. Cewah kembang lettew. Havoc je wassap sume bincang2 pasal hadiah bagai. Ok besday mama ialah besday last untuk tahun 2012. Pembuka tahun 2013 pulak harijadi Icap..Nia also! Tengah pikir ni ape nak buat untuk besday Nia nanti.

Ok...yang penting..Happy Birthday Mama (51 tahun) & Irdina (13 tahun). Untuk mama semoga maintain muda gitu & Dina, belajar rerajin. Jangan asek nak buat album je dalam bilik tu.

Ahaks. Jangan marah! Bye.

Thanks for reading my entries. Love, Irnie Rinawaty

Photobucket
© Irnie Rinawaty | Templates Design by | © Nurulchumel's Design