Monday, September 17, 2012

Raya di Kampung

Raya nak habis dah...Tapi banyak lagi cerita raya yang tak sempat nak post. Sejak akhir-akhir ni kemalasan nak update blog membuak la..Nak amek gambar apetah lagi. Pastu kalau on je lappy ni, sure nak tengok cerita endon jerk. Haritu baru je habiskan tengok cerita Kejora & Bintang.

Ok jom layan antara gambar raya yang ade dalam BB aku ni. Baru jupe wire tranfer tu.. Aritu ilang. Ngeee..

Beberapa hari sebelum raya. Ni 1st duit raya untuk 2012.
Wow!! Thanks ibu..(teacher taska Nia) Pastu terus ajak mommy & abah pegi kedai.
Ok tiap tahun mesti buat kuih conflake ni. Tahun ni buat banyak sikit sebab biasenye mesti habis kalau kat kampung. Aku buat 3 tuperware pink untuk bawak kampung Anas.
Nia seronok beraya dekat kampung. Seronok makan + seronok kumpul duit raya.
Abah & Nia bersama kuih bantalnye.
Nia bersama geng kampung
Kak Fatihah, Abg Alza & Adik Nia Adellia
Kacau ayam dalam reban pulak. Siap kasi kuih bantal tu.
Minum air gas..tapi air 1 Malaysia tu..so tak berapa banyak gas pun sebenarnya.
Dah berpeluh, terus tukar baju lain. Tido time!!


Itu jela cerita raya kami dekat kampung.. Gambar aku memang takde..Tak bergambar sangat pun. Nasib Anas ade kampung, dapat jugakla aku merasa beraya dekat kampung. Sebenarnya lagi best tau. Suasana kat kampung ni meriah sikit. 



Ini pulak kuih feveret aku. Casablanka. Sedih pasal aritu bawak dari Tampin ke Seremban..kan panas..Habis cair coffee tu..Sedih! Eh cerita pasal coffee kan, sekarang ni aku banyak betul minum air macam coffee, teh, nescafe..padahal dulu sebelum mengandung mane aku nak minum air camni. Minum milo & horlick je. Hmm risau jugak. Cerita pasal makanan, setakat ni ok. Cume paling aku TAK BOLEH makan ialah daging kambing. Dengar pon dah kembang tekak ku ini. Lepas ni tak tau ape pulak ragamnye kan. Cume alhamdullilah kalini mengandung aku tak teruk sangatla macam dulu. Mengidam yang pelik-pelik tu memang takdelah setakat ni.
Eh nak jugak tu tunjuk mehun soto yang aku sempat masak time raya ke berapa tah. Hehehe.

Ok itu je cerita sempena cuti Hari Malaysia ni. Aku tak kemana pun pasal Anas keje. Ni baru habis suap Nia makan nasi goreng. Tu je yang sempat masak. Yang lain panaskan lauk yang mak mertua kasi semalam. Hehehe.

*Tak sabar Sabtu ni..MERCUN.PAVLOVA 2 LAYER. VANILLA CAKE! so yummy.


Thanks for reading my entries. Love, Irnie Rinawaty

No comments:

Photobucket
© Irnie Rinawaty | Templates Design by | © Nurulchumel's Design