Wednesday, September 12, 2012

Perkembangan bayi saya..~minggu kesembilan-kedua belas

Perkembangan Bayi Minggu 9
Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan.
Begitu juga dengan kaki dan tangannya.

Nota Hamil : Berat badan ibu mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahanberat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon. Berhati-hati memilih makanan yang sesuai pada ketika ini, kurangkan makan karbohidrat kerana boleh menyebabkan badan si ibu meningkat. Sebaiknya ikut nasihat doktor cara bagaimana pemakanan yang sesuai untuk anda. 

* Aritu timbang time checkup, berat turun 0.5 kg. Samelah macam dulu jugak..ade turun sikit time awal-awal mengandung ni. Tapi harapnye janganla naik mendadak sangat pasni. Malas la nak kene minum air gula bagai. Gusi takde masalah..Setakat ni ok lagi.

Perkembangan Bayi Minggu 10
Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari
yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.

Nota Hamil : Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.

* Owh...tak sabar nak scan 4d nih..:)

Perkembangan Bayi Minggu 11
Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidak
normalan pada janin dan jangkitan tertentu.

Nota Hamil : Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.

* Alhamdullilah...selesai sudah fasa yang agak menggerunkan ni. Yela berdasarkan pengalaman yang dulu. Tapi kalini memang agak berbezala..Oh ye badan memang cepat penat. Nak-nak time malam..Siang time keje tu ok pulak.

Perkembangan Bayi Minggu 12
Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.

Nota Hamil : Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu- minggu sebelumnya.

* Tadi baru je lepas scan dekat Poliklinik Ria..dah nampak jelas sikit bentuk baby berbanding aritu. Sumenye ok. Lega mommy. Time scan tu Nia ade kat sebelah..die siap cakap 'mane baby tu mimmi...mane???' :)




Okeh tu je untuk harini. Mood nak tulis belum sampai ni. Ok nak tidor awal sikit. Bye! 

Thanks for reading my entries. Love, Irnie Rinawaty

No comments:

Photobucket
© Irnie Rinawaty | Templates Design by | © Nurulchumel's Design