22 September 2012
Hari Sabtu baru-baru ni, kami sefamily berkumpul kat uma Tampin..sume ade kecuali abang-abang iparku. Abg Nomi pegi memancing..Zaki pulak keje. Anas je ade. Cian die takde geng. Tapi die ok je. Memang da plan nak berkumpul sume pasal minggu ni Is last..dah nak balik Mesir. Pastu alang-alang nak celebrate besday adik bongsu kitorang & mama. Dina 20 September. Mama 26 September.
Sebelum gerak. Bangun pepagi je terus cakap 'jom lek Tapin...'
Suke buat muke macam-macam bile suh bergambar. Beg tak tinggal. Penuh dengan permainan masak-masak die.
Yeahuuu!! Ini dia Pavlova yang di nanti-nanti. Kalini beli 2 layer..takot tak cukup. Memasing kan mulut naga.
Ini pon aku yang order. Memang best kek ni. Beli perisa vanilla+oren. Wajibla ade vanilla kalau aku yang beli! Tapi nasib mengandung kalini aku tak berapa heran kek memanis camni.
Cantik kan..geram je tengok. Pavlova ni RM120.
Yummy!!!!
Ini adalah kek batek yang aku buat khas untuk adikku Is. Die yang paling suke makan kek batek. Siap mintak aku resipi pastu buat dekat Mesir. Menjadik katenye..tahniah!!!!!!!!!!hihihi.
Itu dia..........Sumenye kemanisan...Adik manisssssssssss.
Memasing dah tak sabar nak balun kek sume ni. Tapi kene tunggu mama..tengah bergayut telefon pulak time-time camni.
Roti jala datang khas dari Putrajaya..
Mama yang puas hati dapat tudung Pearl Haya paling mahal..Gembira betol!!
Nia Adellia yang makan mengadap pavlova. Sesenyap je tengok die dah nak habiskan anggur.
Gambar hadiah mama, Dina & Is. Bestla korang kan!! Nanti harijadi Niny jangan dilupakan ye. hahaha
Is potong Pavlova..Dalam pavlova tu ade marshmallow skit.
Pavlova paling laku. Kedua kek. Ketiga kek batek. Tapi Anas sorang yang makan. Sedih!! Thank b sebab pandai jage hati ny. Sob Sob.
Ok seperti yang dirancang...petang tu kitorang gerak 3 kereta ke Umbai, Melaka. Lokasi makan malam kalini ialah dekat Restoren Terapong. Cayalah papa!
Ni dia gambar budak Irdina Syazana si birthday gurl tu. Comel x???
Antara menu kegilaan aku ialah sotong masak pedas + ketam blackpaper. So yummy!!tak tipu....
Masak asam pun memang terbaek....hirup pon sedap!!Tapi takleh lawanla masak asam yang mama buat. Tapi agak kecewa dengan butterprawn die. Dahla tak sedap..pastu udang tak fresh.
Tengah snap2 gambar makanan, Nia sibuk suh snap gambar die masak roti burger tu.
4 orang anak buah saya. Nadhrah, Kyra, Amsyar & Arissa.
Dan anak saya...tak perlu diperkenalkan lagi. :(
Ifan yang rajin melayan anak buah...Chayang uncle Pan!
Pemandangan malam hari.
Balik je malam tu dalam pukul 10pm. Terus aku suh Anas bakarkan mercun bunga api yang papa nak tu. RM150 aku beli tapi memang puas hati..lawa giler!! Terlupa pulak nak mek video.
23 September 2o12
Kuih conflake & cookies yang dipanaskan oleh mama. Diorang kate sedap.
Dan mangga AGAIN! Balik Tampin memang tak sah kalau tak petik mangga. Air cocktail tu aku yang buat. Sementara tunggu makan tengahari.
Wowiiiiiiiii...makan tengahari yang best!! Mama masak memang sume terbaek!! Tempe tu best!
Ini dia..sambal kuini..FEVERET! Siap pesan kat mama supaya jangan buat pedas sebab nanti aku nak makan banyak. Dan paling ku tidak sangka mama masak lemak ikan masin + nenas. Baru je terfikir aritu. Time mengandung kalini aku suke makan ikan masin la. Best...
Sumenye dah terhidang..Apelagi...serang!!!!!!!! No diet2 bile jupe masakan mama ok.
Aku siap timbang berat sebelum + selepas makan. Ternyata selepas makan naik sekilo. Tahniah!
Aktiviti masa lapang. Amek handphone orang & bukak video. (sambil sorok belakang kusyen)
Aktiviti lain. Makan eskrim. Thanks auntie Yin sebab jadi penjual eskrim pada hari itu..
Sape nak 'starwberry????jagung????vanilla????
Lepas makan tengahari tu memasign balik rumah...Dan aku sempatla tapau lauk pauk tu sume. Thanks Yin sebab banyak main peranan dalam party kalini. Cewah kembang lettew. Havoc je wassap sume bincang2 pasal hadiah bagai. Ok besday mama ialah besday last untuk tahun 2012. Pembuka tahun 2013 pulak harijadi Icap..Nia also! Tengah pikir ni ape nak buat untuk besday Nia nanti.
Ok...yang penting..Happy Birthday Mama (51 tahun) & Irdina (13 tahun). Untuk mama semoga maintain muda gitu & Dina, belajar rerajin. Jangan asek nak buat album je dalam bilik tu.
Ahaks. Jangan marah! Bye.
No comments:
Post a Comment