Sempena besday aku itu hari, anas memang plan nak bawak aku & Nia pegi Genting memandangkan last sekali kitorang pegi ialah pada tahun lepas. Itu pon pegi balik hari je. Kejap sangat. So kalini, terus check in dekat Hotel 1st World. Hotel 1st World jadik pilihan sebab itu hotel paling dekat dengan permainan indoor & outdoor. Haritu check in hari Isnin so harge murah sketlah. RM150 without breakfast. Kalau weekend harga RM240. Hemmm banyak beza kan..
Sebelom gerak ke Genting, kitorang singgah amek Red Velvet Macaroons yang aku order dekat Paroi untuk bekalan kitorang nanti. Lepas tu singgah pulak sekejap kat Low Yat nak survey Notebook katenye. ihihi.
Eh lupe nak cerita. Mestila makan dulu..lapa dah memasing. Bile nak berjalan memang tak sempat nak memasak2 ni. So breakfast luar la jawapnye. 1st isi perot anas dulu..singgah dekat perhentian Nilai. Suke sangat die makan nasik lemak ayam dekat situ. Siap berator panjang kat kedai tu. Ok dah sudah tu, teruskan perjalanan ke Mcd pulak sebab mommy & Nyanya nak makan. Lapa dah ni sampai tersilap order. Hemmm.
Sesampainye dekat hotel, terus check in. Senang giler nak check in dekat 1st World Hotel pasal kite boleh check in hanya menggunakan mesin je ok. Hanya perlukan ic......DONE!. Tapi anas cakap cube bayangkan kalau tak bawak ic. Ish tak mungkinlah kan. Aku anggap itu lawak jenaka ketika penat. Miahaha.
Aku kan tak leh tengok benda2 kemanisan macam ni. So sempat la snap gambar Cup Cake Macaroons yang ade dekat Lobby hotel ni. Same pulak tu macam yang aku order. Eh tak boleh lama dekat sini sebab anas dah jeling-jeling. :)
Baru berangan nak cilok syampoo hotel. Sekali sumenye diorang camni. Nak jimat. Boringnye dahla sekali picit tu kua nak sikit je. Teros aku bukak penutup & ambil sesuka hati, Miahaha.
Tengok tu Nyanya kemain suke dapat benda alah tu. Memula nak belikan topi bentuk haiwan2. Lagi cute. Tapi tak jadi sebab die tak suke..siap cakap 'takoiuuuttttttttttt'
Lepas mandikan Nyanya, kitorang cuci-cuci mata dulu dengan berjalan kat permainan indoor ni. Memang ingat nak men besoknye pasal dah penat kan. So jejalan saje ye..
Benda macamni dekat Jusco pon ada Nyanya. Lalu aku menarik tangan Nyanya untuk pergi ke tempat len.
Nyanya bergaya dengan earphone strawberynya.
Habis satu indoor tu kitorang round untuk beberapa kali sebab nak mencari kedai makan kesukaan time bercinta dulu tapi dah xde pulak..Hemm sedey! Dah ganti tempat Casino. I hate that. Dahla 'pakcik Converse' yang naik sampan panjang tu pon xleh main jugak. Tah pape. Last-last terus minum petang dekat Kenny Rogers sebelum naik hotel balik. Tu beli share bertiga je pasal aku & anas dah kekenyangan akibat makan nasik beriani mamak dekat bilik. Kitorang siap tapau lagi sebelum naik. Hehehe cumelllll.
Ok dah habis untuk entry ni. Next entry pasal malam besday aku pulak.
Hepi Reading!
No comments:
Post a Comment