Sesampainye kitorang dekat Langkawi, time tu dah nak dekat pukul 7pm. So check in hotel terus. Malamnye, papa bawak dinner dekat dengan area hotel jugak. Restoren ape tak ingat la tapi makanan situ memang best. Aku & Anas kan kembar yang sentiasa nak share makanan. So kitorang order sup tomyam, sayur kailan & ikan sweet sour. Nia pulak makan nasi putih + sup ayam. Gambar tak sempat snap pulak. :)
Ok ni keesokkan harinye, pepagi bute lepas je breakfast kat hotel, terus keluar ke destinasi yang dah dibincangkan malam tadi. Nampak tak aku kat depan sekali. Sebab tak saba. Ngeee.
Plan kitorang sebenarnye, nak habiskan jejalan dulu. Sebab fokus utama aku & mama nak borong pinggan mangkuk. So, mama suruh aku pilih samada nak pegi Underwater World or pegi naik Cabel Car. Disebabkan Cabel Car aku dah penah naik & tak berani naik lagi, so aku bawak Nia pegi tengok hidupan laut kat Underwater World.
Ipan ni kekadang boleh diharap jugak walaupon die seorang yang agak moody. Tengok tu siap dukung Nia dalam keadaan panas terik. Aku & Anas dah ke depan cari tempat redup. Miahaha.
Patotla Nyanya begitu menyayangi Uncle Pan. 'chayang Uncle Pan'
Biasela Nia sume benda pon excited nak tengok. Die orang paling gembira ok.
Nasib bawak topi untuk Nia. Cuaca dekat Langkawi panas lain macam. Panas yang bahang tu.
Ingatkan dapat tengok hidupan laut je..rupenye sebelum masuk tu pon ade kekure, angsa, burung gagak yang comel & menyeramkan kat situ.
Hahaha muke Dina macam tak puas hati je sebab diorang tak jadi naik Cable Car pasal berator panjang giler. Mau pengsan. Lain kali taknak datang time cuti sekolah.
Eh tu ape ha...macam ayam kan..Comellllll
Uncle Pan yang setia bersama Nia.
Aku tunggu je burung gagak ni bercakap..tapi takde pon!!!Sedey!
Yang ni memang disediakan tempat untuk mek gambar.
Nia macam marah je. Why Nia Why
Ni antara gambar ikan yang ade.tengok yang atas tu empat segi muke die. So cute.
Yang bawah belah kiri tu kan...itu ikan tau. Sejenis ikan batu. Sereeeeeeeeeeeeeeeeem!
Ikan pari...masak asam ikan pari pon sedap ni!yummyyyyy
Tengok tu siap bercorak lagi badan die. Original ok.
Kitorang tengah tengok peguin tu tido. Almaklumla cuti sekolah banyak show katenye. So penat ye. Saye tidor dulu.
Akhirnya dapat mek gambar berdua..:)
Dah nak kua time ni...Sempat belikan jagung cup untuk Nia sementara tunggu lunch.
Bagi makan ikan & itik. 2 in 1 ni..
Yin cuci mata tengok tudung..nak jual ler tu..
Balik jer hotel petang tu..terus bawak Nia mandi swimming pool dekat hotel.
Tapi kan...ini budak banyak songeh..bukan nak mandi. Sibuk nak pelampung orang.
Ni gambar sebelum keluar dinner. Dinner malam tu dekat tepi pantai ok.
Time ni aku & anas tengah bersiap dalam bilik. Cian korang kene tunggu lama ye..
Mama yang paling hepi sebab dapat borong banyak.............gile barang.
Nasib Nia rapat dengan sume adik beradik aku. So senangla kan, Miahaha
Ni antara benda yang dijual dekat restoren tepi pantai tu..Aku sempat belikan Nia Angry Bird lampu-lampu tu.
Tapi ko tengokla ape die buat dengan mainan baru die tu.. Sapu lantai uollss..
Antara makanan yang dihidangkan. Bolehla tahan......
Muke boring je memasing sebab dipaksa tunggu diorang berkaroke. Bosan tau tak!
Ni sape punye keje amek g keje amek gambar 'mesyuarat keluarga' ni ha...siap la...
Pasan tak gambar shopping takde..Takde mood la nak amek. Dahla cuaca panas terik..ditambah dengan orang yang macam semut ramainya...Nak tau ape yang aku dapat beli??tunggu next entry ye.....
No comments:
Post a Comment