Saturday, December 31, 2011

Ch0c Stick Sedap!!

Last day Nyanya dekat taska haritu...aku taktau nak kasi ape kat bebudak taska..last minit baru terpikir nak beli lolychoc..bebudak kan suke makan benda manisan-manisan ni..termasuk aku & Nyanya la..So...terus order dekat sini = Emilia Danial

BYe sume kawan-kawan..arini saye last day kat taska QAIFARAH
Cantik.. tak sabar nak bukak
Taraaa...1st time aku beli lolychock camni
Ade macam Nyanya x...Rambot memang out la.
Tengok tu silang kaki lagi. Pape la Nyanya janji jangan meragam..mommy nak drive ni.

Kesimpulannya..memang sedap tau coklet tu..suke sebab tebal so memang puasla nak makan...pastu kemas..:)


Ni ape cite makan sampai rambot ni


-
-
-
-
-
-
-
-
-

OOO rerupenye makan kek coklet ni..ni kire Pre Besday Nyanya la..
27 January nanti genap Nia Adellia 2 tahun..Plan nak belikan kek Angry Bird untuk die sebab Nyanya suke cartoon tu. Pastu suke kaler merah....Ok nanti mommy pikir hadiah pulak ye sayang.....Tak sabar.:)

Thanks for reading my entries. Love, Irnie Rinawaty

Azam Tahun Baru 2o12

Sume orang mesti ade target yang diorang nak lakukan tahun depan kan...Aku??semestinye la..Walaupon azam tahun ni still ade yang tak tercapai dek akal, (???) tapi takpe aku akan bawak ke tahun depan punye azam. (teroknye). Ni aku nak listkan supaya nanti aku akan ingat selalu & harap-harap sumenye dapat. Insyaallah.


  1. Nak KURUS (ni lah azam tahun ni yang aku bawak ke tahun 2o12 tuh)
  2. Nak mengandung lagi.. (plan Disember 2o12)
  3. Nak start bisnes jual baju jenama Baby Kiko (ArissaAdellia collection)
  4. Nak beli rumah (target area Seremban)
  5. Nak KAYA (ish bukan main berangan. Yang ni sure kene bawak ke 2o13 nanti)

Haaa itula antaranya...harap-harap aku berjaya la...yang nombor 5 tu saje je. Sebenarnye aku ni baru nak start saving duit. Dah taknak boros + bazir lagi. 


Bye-bye 2o11..


Selamat Datang 2o12!


Thanks for reading my entries. Love, Irnie Rinawaty

Pindah Randah

Sebulan lebih jugak tak hapdet blog ni...macam-macam masalah, antaranya:


1) Lappy kesayangan rosak
2) Line tak berapa nak laju
3) Busy berpindah
4) Nyanya yang semakin .....haish.
5) memang aku dah malas sekarang


Alasan je lebey kan..tapi harini dalam sejarah aku 1st time online dekat rumah baru. Uwiiiiiiiii. Dah sebulan jugak aku duk umah ni. Dekat giler dengan opis aku..so senang la untuk orang yang kuat tido cam aku ni. Leh bangun lewat sket..Ngeeeeeee.Ok jom la layan gambar malas nak menaip banyak.

Tapi sebelum tu, nak cerita sikit..

5 May 2oo9, lepas je akad nikah siang tu..malam pertama tu memang aku & anas dah pindah ke Taman Harmonium Indah. Ingat lagi sebelum kawen tu gigih betul kitorang mencari uma sewa. Puas jugakla petang-petang lepas jogging (wah dulu jogging!) tu kitorang survey rumah. Memang target taknak jauh dari tempat kerja. (Alasan seperti di atas ye) Aku kire dalam 6 bulan je lepas tu, kitorang berpindah lagi. Time tu pulak aku dah mengandungkan Nyanya. Tapi pindah dalam taman tu jugak. (kelakar x). Tak perlu pakai lori ok. Sebab sederet je. End lot. Sape yang angkat barang??aku? angkat Nyanya dalam per0t cukup k. Yela kandungan dah 6 bulan. Berat. Sarat. Jawapannya endon-endon yang angkat. Trimass! Nak tau x nape aku pindah..antara alasannye (hidup penuh dengan alasan kan) aku tak suke owner umah tu. Poyos. Suke kacau. Dah taknak cerita lebey..tu kan umah die. So boo layan laaa kan.

Duk uma yang baru pindah tu..sampaila Nyanya selamat dilahirkan pada 27 January 2o1o (tarikh nak sama ngan mommy ok). Sumenye ok..jiran sebelah pon baik..Kak CT mama Nyanya tu pon baik.. Cume nye..hari raya pertama tahun 2o1o tu, time orang tangah sibuk kumpul duit raya, makan rendang bagai, rumah aku kene masuk pencurik. Dugaan tol. Habis satu umah di geledahnye. Dengar cite keling. Geram betol! Nasib la aku terfikir nak bawak kampung sume barang kemas beserta lappy aku ni. Kalau x....Cume die sempat curik tabung Bear yang penuh syiling 50sen kitorang. (sambil nyanyi lagu aisyah 50sen). grrrrrrrrrr.

Kebetulan, icap adik aku yang nak mek SPM haritu..die taknak sekolah dekat Tampin. Jadinye, tak lama lepas kejadian tu, kitorang berpindah lagi (tapi kali ni pakai lori la) ke senawang uma family aku. Manakala family aku sume kecuali Icap, diorang duk Kuarters Tampin. Fikiran memang bercelaru la antara nak atau tidak. Sebab aku lebih suke hidup sendiri. Yela lepas kawen ni nak la berdikari kan. Tapi nak buat macam mana..rumah sewa tu aku dah macam seram je sejak kejadian..lepas tu sape nak jage Icap. So bermulalah hidup dekat Senawang balik selama setahun. Nyanya terus aku hantar ke Taska Kemuning.

Huih panjangnye.over pulak cerita ..kate tadik malas. Ok layankan la gambar ni. nak kene stop dah ni masa tidur Nyanya hampir tamat!




Memang MUDAH cari umah dekat MUDAH. Thanks MUDAH. 
Ni rupe bilik lama time dok Senawang
Tinggal rangka..hehe. Ready nak angkat!
Mana barang Mana sampah
Jawapannya....sume barangla!
Budak Timting di berada dimana saja
'uolls nak pindah??pindahla..i tetap di sini..'
haus....................kene minum air putih..motif?
Itu dia....da la sampai lambat..time ni hujan gerimis..
Tengok tu..saje je die interprame!


Sudah... ini pesal pulak orang len yang angkut barang, orang len yang mengantok??


Nyanya yang membusykan diri..
Nyanya: Mommy..nanti kite nak pindah mana?
Mommy: Taman Arowana Indah sayang...

Ok itu saje cerita ....harap rumah sekarang ni sesuai untuk kami bertiga. Cewah. Harap Indah seindah namanya. Nyanya sekarang dah selamat tukar Taska Jannah area taman tu jugak. Dan sekarang lepas balik taska mesti nak singgah kedai 'atok' beli kopok..:)

Thanks for reading my entries. Love, Irnie Rinawaty

Saturday, November 26, 2011

Anak Abah

Salam Sabtu...

Sebelum memulakan cerita pasal 'Anak Abah' ni...Nak story sket mengenai blog aku yang dah berubah wajah ni. Memang saje nak tukar pasal dah bosan...Cantek tak. Cantek takkkk???  

Thanks Nurul sebab buat penulis belog ini semakin bersemangat nak berblogging..Jom layan blog die pulak. KELIK DI SINI.

Kalini nak cerita kisah lama tak lama sangat la..sebelum tu jom layan gambar ni sambil makan.

Tajuk pon anak abah kan. So haruslah gambar bersama abah jek.
Tengok tu Nyanya pakai baju yang wan kasi. Baju tu dari Mekah. Mama siap cakap 'pandai mak anas beli baju Nia..'
BFF. Nyanya teman abah berurut. Ingat orang dalam pantang jeke kene urut??
Dari kecik sampaila ke saat ni suke bebenor naik benda alah tu.
Tengokla peha Nyanya time ni. Hamboi rase nak gigit tapi tak sampai hati.



Haaa...tu die gambar-gambar Nyanya time 2 bulan. Mase ni aku baru je lepas habis berpantang. Punyelah gayat sebab dah lame tak dapat keluar, so dapat jenjalan tanpa arah tujuan pun aku dah tak kesah time ni. Nak dijadikan cerita, Nyanya time kecik-kecik sangatlah rapat dengan abahnye ok. Sampai nak tidor pon mesti nak dengan abah jugak. Kalau dengan mommy cume rapat bile nak menyusu jela. Sedeyyyyyyyy. Tapi sekarang tidak lagi. Nyanya dah tak boleh berenggang dengan aku pulak. Bayangkan nak mandi pon kene sorok-sorok dah. Memang padan la dengan nama Nia Adellia yang bermaksud KEADILAN KAMI. Kire ok la abah rapat dengan Nia time kecik. Dah besar ni rapat dengan mommy pulak.


Aku rasa tu jela nak cerita. Dahla aku pakai lappy Najwa Latif ni. Opps sebelum tu, nak bagitau, Dina a.k.a Najwa Latif dapat 5A dalam UPSR die. Haritu trial paper die dapat 4A. Lepas tu heboh die nak beli gitar la pulak. Siap cakap kat sekolah baru nanti nak masuk nyanyian bagai. Ape-apela Na janji ko dah buktikan yang ko lagik pandai dari aH Lang. Ngeeeeeeeeeeeee...

Thanks for reading my entries. Love, Irnie Rinawaty

Friday, November 11, 2011

Ada Apa Dengan 111111

Wah ramai betul nk publish post sempena dengan tarikh cantik ni..Tak nak ketinggalan untuk peminat tegar kek macam aku. Tah la aku memang suke makan kek. Mungkin sebab rasa yang tak dapat nak di bayangkan tu & sebab cantik+comelnya sesuatu design kek. Ok aku dah plan dengan kawan aku nak rasa cuppies Red Velvet ni. Kitorang siap order perisa sama tapi kaler pilih feveret memasing. 

Comel giler + Sedap giler 
(Jom layan entry molek dari cik NIENA pasal RV & OV ni. Kelik di sini)
Abah LOVE Nyanya LOVE Mommy. Hamboi nak jugak tu.
Nak redakan Nyanya yang menangis, so kene bagi makan PV tu dalam kereta sambil ditemani kuda mainan kat belakang tu. Nak djadikan cerita, kuda tu terpaksa teacher CT bagi pinjam sebab Nyanya taknak balik asek nak main kuda. 




Red Velvet Cake ni memang sedap sangat. Nyanya suka, Anas yang tak berapa gemar kek pon kate sedap. Maybe sebab rase kek tu pelik sket dari kek biasa & topping tu cheese cream. Memangla shidap. Sebelum ni aku memang pernah rasa velvet. Beli dekat area Paroi. Pon sedap. Jom layan gambar 1st red velvet yang kami pernah makan dulu.


Tu dia............time ni aku beli sebab ada promotion apetah. Tak silap untuk Valentine. Valentine lah sangat. :)
Yang ni pulak dalam bentuk cup. Nampak menarik kan. Banyak aku beli sebab time ni Is & Yeen pon tumpang sekaki nak beli untuk kesayangan memasing. Uwek.

Hah tu jelah yang berlaku pada 11.11.11. Haritu jugak akhirnya aku jumpa rumah sewa yang aku nak. So start hujung bulan ni kitorang akan kembali duduk bertiga. Yihaa! Bebas! HAHAHAHA. Yang aku runsingkan sekarang ni, nak tukarkan Nyanya taska baru. Memang risau sebab takut tak serasi. Tapi nak wat macammane kan.


Ape pulak yang berlaku kat korang pada tarikh keramat ni. Sure ada cerita memasing kan. Ok lah. Tu je untuk entry kalini.


Thanks for reading my entries. Love, Irnie Rinawaty

Saturday, November 5, 2011

First Kenduri Kawen yang Nyanya pegi.

Salam...


Nak share sikit gambar-gambar anak manje aku time pergi kenduri kawen Hanim Abdul Hadi Halim dekat Shah Alam. Hanim ni kawan aku sejak darjah satu lagi. 1 Rokan. Kitorang sekelas mase sekolah dekat S.R.K Seskyen 19 Shah Alam. Die memang baik sangat sebab sudi kawan dengan aku yang time tu gemok & sering di buli. sobs.sobs.



Nia mase ni baru je 4 bulan lebih...
Nasib tak banyak ragam. Tengok tu kaki die ketak-ketak.
Gelang yang Nia pakai time tu dah ilang dekat Jakel. Maafkan mommy atas kelalaian. Ngeee.
Tengah tunggu pengantin sampai.
Inila Hanim. Sekarang dah jadi mama dah.
Teringat baju Elle Nia ni. Baju ni aku beli time tu Nia still dalam perut lagi. Masa aku preggy 7 bulan, anas teman aku gi shopping baju baby dekat sogo & baju tu ialah baju pertama aku beli. Siap gantung dalam almari & ukur dekat perut. sementara nak tunggu Nia lahir. Best.:)

~aktiviti besok ialah membeli bahan untuk buat kek coklet sempena Hari Raya Haji AHAD nanti. Tak sabar tunggu Echa balik besok. Ade la nanti kawan gaduh Nia. :)

Thanks for reading my entries. Love, Irnie Rinawaty

Thursday, November 3, 2011

Dari Senawang ke Putrajaya lagik ~ 2

Minggu lepas aku apply cuti sebab nak pegi Putrajaya dengan Erra. Kebetulan Erra nak gi amek sijil SPM die yang dah lesap tah ke mana...nak apply kerja baru die sibuk mencarik. Aku cakap padan muke. Tapi cakap dalam hati. Hehehe.

Ni tempat keje lame aku. Kementerian Pelajaran. Sementara tunggu Erra punye turn mek sijil. Untuk sesiapa yang dah ilang sijil SPM, PMR, bolehla amek dekat sini. Cume bayar RM10 & tunggu 15 minit, sijil dah boleh dapat.
Lepas je settle, kitorang terus order air & makanan untuk breakfast dekat area situ-situ jugak.
Emma blogger baru 

Niny blogger sedang2


Cube tekan kat sini kalau nak tengok cerita aku ke Putajaya sebelum ni. Setiap destinasi ade tujuan tersendiri. :)

Air oren ni memang manis gilerrrrrrrr...Aku yang suke manis pon xleh telan air ni. So bayangkan!

Waaaaaaaaaaaaaa.Mehun tomyam di pagi hari
Tengok tu..so yummy. Tak sabar nak makan taknak tunggu sejuk
Ni lah hasilnye. Sikit pon tak tinggal. Suke!!

Dah bis pon mehun tu tapi nak jugak posing. tak kire.

Lepas kitorang kenyang breakfast, Emma terus drive bawak kitorang ke Jusco Seri Kembangan uma lama die dulu. Tujuan?? Adelah Rahsie. Kejap je dalam sejam lepastu, tanpa buang masa, terus ke lokasi seterusnya iaitu tak lain tak bukan....Alamanda Putrajaya.

Sesampai kat situ, terpandang ais krim ni & terus tertarik nak beli. Disebabkan mahal, so kitorang share bertiga je.

Haaa pilih..pilih..pilih.. Kitorang mek vanilla & choc...perisa selamat.
Ini die.....memang betul sedap...Cayalah! Kalau Nyanya ade time ni mesti die yang abiskan.
Walaupun tak lapa, terus rasa nak makan bile nampak ni......

TGI Friday! Give me more Friday plezz

Ema pilih menu paling lama. Aku paling cepat. Erra pulak tak tau nak order ape.
Tu dia........Menu Chicken Chop ni aku yang pilihkan untuk Erra. Memang meletop rase die.

Ni air aku..As Usual la...Ice Lemon Tea
Aku yang tamak nak bolot sume air yang ade. Tapi air diorang tak shidap. Hahaha

Jenuh nak habiskan benda ni.

Time ni aku sebenarnye dah kenyang parat leher. Yela makanan ber-chesse ni tak leh makan bebanyak.

Lepas aku boring ngan makanan aku, terus sambar steak Ema. Sedap Giler!

Habiskan ais krim. Nak diet konon

Sempat lagi snap gambar air. Carrot Orange serius tak sedap. Watermelon pon. Aneh.
Bile time lapa memang best tenung gambar ni
Memang terbaik dari ladang la!
Erra bengang je kitorang asek amek gambar sebab die dah lapa time ni.
Cer teka ni kat mana...Cer teka.

 Lepas habis makan tu, kitorang terus tengok movie tajuk 'The Thing'. Sebenarnya sengaja nak habiskan masa yang ada banyak lagi ni tapi tak sangka pulak movie ni 2 jam. Aku kasi 3.5/5 bintang untuk cerita ni memandangkan Ema kate jalan cerita die macam penah tengok. Cerita ni pasal alien. Boleh tahan seram sampai aku tutup-tutup mata sebab tak berani nak tengok. Hahaha.

Dah settle tapau Auntie Anne (menu wajib kalau ke sana), aku terus drive lelaju hantar Ema ke rumah die & pecut ke Senawang nak jemput Nyanya. Bile jauh terasa rindu sangat..........Normal. Sesampai kat taska, anak manja aku terus cakap..

'Mommy..............'(nada manja NIA ADELLIA)

Mommy belikan Nyanya anak patung.Yeaaaaaaaaaaa!
Pasni takdela Nyanya asek sikat rambut mommy je. Thanks pepatung. Eh patung.
Serem tak.. Cubelah tenung mata 'baby' tu lelama kalau nak mimpi antu. Wawawa.


Mata dah mengantuk sesangat ni. Nasib sok Jumaat. Isnin ni cuti Raya Haji. Syioooooooook!Da............

Thanks for reading my entries. Love, Irnie Rinawaty

Photobucket
© Irnie Rinawaty | Templates Design by | © Nurulchumel's Design