Sunday, May 6, 2012

Singapore ~ Day 2

16 Mac 2o12


Bangun pagi, terus breakfast kat bawah. Memasing memang dah tak sabar nak gerak ke Singapore.
Harini kitorang akan dibawa oleh pemandu pelancong ke destinasi bersejarah di sana. Alamak dengar sejarah je lemah aku...i hate history. Tapi takpe, kite layankan jela...


Ok bersiap-siap untuk gerak..mama busy mengumpulkan passport. Siap kene isi borang bagai.
Ini pulak antara makanan pagi yang aku amek. Nasi lemak tu Nia punye.


Perjalanan ke sana kalau dari Johor takla jauh sesangat..Adelah macam ko dari Pilah nak ke Seremban 2. Tapi yang menyebabkan lama ialah time dekat kastam. Kastam Malaysia ok. Kastam Singapore sangat lame. Diorang memang check detail. Ade cerita lawak di sebalik kastam ni. Nak cerita sekarang ke nanti e??nantila kan..mahahaha memang Lawak Ke Der.


Ok kami sudah sampai!! Macam tak percaya dapat amek gambar dekat sini. Selama ni cume tengok dalam tenet je. Leceh nak tunggu bola besar tu gerak, sebab slow sangat. Takpela nampak separuh tulisan pon ok ler.
Mama kate kalau pegi sini wajib beli popcorn die. Wowwiii memang manis+sedap. Sebab banyak flavour tak silap. Yang ni Ipan amek honey. Popcorn memang feveret Ipan.
Banyak jugak beli popcorn ni tapi habis pasal kitorang kan ramai. (dan kuat makan memasing) Eh amek gambar dulu. Ini dekat sekitar USS. Cantik tempat die bersih jer.
Nia tak meragam time ni. Kalau cukup susu, cukup makan, cukup tido..ok la die.
Dan cukup main. Hehehe. Ni pulak aku pakse Nana teman Nia yang dah jauh perginye. Kawasan sini sangat lapang, so Nia sukela bergerak bebas.
Lepas tu masukkan balik dalam stroller sebab takut hilang pulak die. Nia ni kalau berjalan tak pedulik dah orang kat belakang ke ape. Bukan main gembira berlari. Nasib bawak stroller. Tak larat!
Cantikkan Singa laut colourful tu. Kat sini korang akan sentiasa nampak tema diorang ni di mana saja.
Ini panggil ape e..Lake Of Dream ke ape tah tulis belakang tu. Ini juga memang dekat luar USS.
Tengok tu orang dah start ramai. Memasing nak bergambar dekat belakang tu.
Tengok muke nakal Nia main susu. Makin dihalang makin gembire die main tumpah-tumpahkan susu. Geram je dengan perangai baru die ni. Gambar kedua tu macam die cakap 'Mimmy dah habish dah susu...Byeeee'
Orang lain sume dah letih, so lepak jap. Nia bateri full lagi. Oh time ni tengah tunggu orang-orang veteran sudah sesat di USS. Chian pakcik2 tu..disebabkan ikot rombongan, terpakselah tunggu. Lame pulak tu!! Haiya.
Dekat sebelah starbucks tu ade kedai jual memacam souviner. Aku memang tak beli paper kat sini. Mahal bukan main la. Cuci-cuci mata je kejap temankan Nia.
Antara barangan yang dijual. 

Ade satu kejadian time dekat sini. Time tunggu pakcik2 sesat tu, aku bawak Nia pegi toilet dekat situ. Disebabkan dah tengahari so niat nak tukarkan pampers Nia. Dah bukak pampers tu, check dalam beg..alamak!!!Pampers tak bawak!!Dalam beg satu lagi dekat atas bas.Aku memang dah cuak la kan dahla perjalanan ke bas tu lame lagi..buatnye Nia berak??baju sume dalam bas termasuk susu. Yang aku bawak cume makanan-makanan Nia je. Tapi nasibla die tak wat hal.. Selamat ko niny! 

Nak pergi ke tempat area sini sume kene naik escalator.
Sempat lagi tu amek gambar. Sape punye keje letak popcorn atas tu ha!?
Bergambar lagi dan lagi. Kat sini ade pertunjukann ular tau. Kat tepi jalan je. Tak kuasa aku nak pegang. Iyu! Sempat tengok je..licin +berkilat!
Kat USS ni memang ramai sangat pelancong bukan dari Malaysia saje. Eh gambar kedua tu, Nia kenapa auntie Inn??
Percubaan pertama mama menjadi fotografer menjadik! Tahniah...Mane Nia & Nana time ni?

Ok ade lagi patung Singa ni..jom mek gambar lagi. Time ni dah start panas + ramai orang.
Tapi walau penat berjalan, kitorang enjoy sebab sini banyak tempat cecantik untuk amek gambar. Dan bersih! Betolla orang cakap Singapore memang bersih sampaikan aku nak buang sampah merata pon pikir dua kali. ~eh pangai~
Sotong kurita tu comel!!!mulut die ooooooooooo. Nia macam dah no mood je. Panas terik.
Tunggu bas punyelah lama. Dahla haus. Habis spek aku kene kasi Nia sebab nanti die meragam.
Ini dalam bas nak menuju ke Singapore Street untuk makan dan shopping!
Dalam bas Nia duduk sebelah aku..Tapi kekadang die tukar-tukar tempat duduk. Gambar tu Nia tengah pegang Apollo antara makanan kesukaannye di rumah + taska.
Gambar dekat atas : Restoren yang jual Murtabak Singapore. Ya ampun sedap giler!!isi penuh + padat pulaktu. Sampai sayang nak makan tau.kalau pegi Singapore wajib beli ok.
Gambar bawah : makanan tengahari kitorang. Macam nasi beriani + nasi arab pon ade jugak. Yang penting time ni perot sudah lapar..yela dah pukul 2 lebih. Apelagi..balunnnnn.
Disebebkan restoren ni kecik, so separuh daripada rombongan kene makan kat restoren depan tu. Makanan lebih kurang je. Lauk die kasi ayam rempah + kambing rempah tak silap.
Tula restoren tempat kami makan tu. Gambar belah kiri tu Nia hampir baling pinggan sebab lapa.

Ok perut sudah kenyang.. Kite mulakan aktiviti berjalan. Pusing kiri, pusing kanan..eh mane my mama??hahaha mama kan pantas. Dah hilang di sebalik kain-kain ela dekat situ. Ha jangan tak tau, kat Singapore Street ni kawasan die macam dekat Jalan TAR tu. Kedai kain banyak..Aku merajuk sebab mama dah tinggalkan, terus naik bus..sedih tau!

Amboi lepas naik bus...eh kejap je mama dah beli! Jelez...lawa sangat kain tu. Kat Semban memang takde jual. KL mungkin ade tapi mahal. Aku tak ingat ape nama kain tu. Sori....


Lepas tu, bus bergerak ke destinasi seterusnya..kalini kitorang singgah dekat Patung Merlion. If pegi Singapore, tampat ini wajib anda pegi tau..sebab ini adalah simbol negara Singapore. Sesambil tu boleh menikmati keindahan Sungai Singapore.
Tapi kan..bus kitorang berenti jauh giler..hampir fedup nak ke patung ni. Aku siap cakap, 'takpela mama. kite tengok dari jauh je. lain kali datang kite singgah'. Hahaha memang nak kene pelempang.
Paling lawaknye, kitorang kan sume 6 orang (termasuk mama) sumenye bergilir kene dukung Nia nak sampai kat sini disebabkan jauh + panas terik. Mama siap cakap 'ape berat sangat Nia ni' .
Gambar : Ini versi mini Merlion. 
Disebalik sungai tu, terdapat sebuah bangunan iaitu Museum.Tapi dengarnye dah ditutup taktau la kenapa..berdekatan situ jugak ade Hotel Fullerton.
Auntie Yeen ni nampak jer kurus tapi larat tau dukung Nia lelame. Syabas Inn!!

Nia yang bergerak bebas...Suke die dapat keluar dari stroller.
Akibat itu, memang penat sikitla sebab kene perati lebih dekat Nia. Lepastu, bile kite panggil die akan marathon lagi laju dari ko lari. ~tipunye~

Lupe nak cakap. Berdekatan dengan patung Merlion tu ade gedung espalanade. Tapi kitorang tak pegi. Memang tak sempat. Lepastu, bus terus bergerak ke Singapore Flyer. Ini macam ala-ala Eye On Malaysia la jugak. 

Budak kecik yang tidak suke dipakse amik gambar. Boringnye!
Papa with penghulu-penghulu kampung. Papa dah macam artis. Ok kalau naik Singapore Flyer ni ko boleh nampak seluruh negara ini disebabkan Singapore pon adalah negara yang kecil sahaja.
Tengok tu Nia..die nak jugak duduk kat tepi tu..risau giler ok..cermin tu takde macam 'grill' langsung.
Boleh muat dalam 20 orang tau dalam ni. Cer bayangkan besar mana.
Tapi lama sangat ye dalam ni. Tengok tu diorang pon dah bersila berkampung bagai. Nia pulak...as usual la kene bagi sesuatu baru duk diam. Alamat bedak aku jadi mangsa.
Nampak tak ade padang bola dekat tepian laut..Peliks. Dan bangunan yang berdiri megah di sana. Dah macam Kl pulak ku lihat.
Dan akhirnnye!!!Turun je terus beli sesuatu untuk masuk tekak. Terus beli buan tembikai. I LovE it. Harge murah je. Kat sini pon ade Cool Blog tau. 

Ok final destination is....

China Town!!

Kat sini dipenuhi dengan pelbagai barangan yang dikira 'boleh beli'. Murah jugakla. So kat sini la aku borong banyak key chain, t shirt, fridge magnet..Rambang mata jugakla sebab banyak pilihan dan murah..Lepastu harga berbeza pulak aku tengok. Kene pandai pilih.

Ok jam pon sudah pukul 8pm.time untuk bergerak pulang ke hotel..Memang penat tau, dalam bas sume tido. Sempatla aku tukar baju Nia sebelum sampai China Town tadi.

Dan sebelum balik hotel, kitorang singgah makan dekat Johor. alahai...apenama ye tempat ni..papa kate glamer jugakla kalau orang kerajaan datang bercuti sure singgah restoren ni. Dan pernah masuk dalam JJCM jugak.
Menu malam tu..udang butter + ayam lemon. Dan banyak lagi hidangan tak sempat snapla dah penat. Kepala pon dah sakit melayan kerenah Nia yang tak sudah-sudah nak merayau.


Sampai hotel sumenye terus tido..penat sesangat. Kene kumpul tenaga untuk besoknye pulak. USS!! Itu yang paling kitorang adik beradik tak sabar nak pegi..

Bye!

* sebelum terlupa, ada seorang kawan sekolah teknik aku dulu, Akish. Die tanye kat kedai mana aku beli Corelle aritu. So terus aku sms mama, tanye pada yang pakar. hihi. Yela kedai Hj Ismail berlambak kot dekat Langkawi..yang aku pegi tu dekat area Bawview hotel. Dan harge sekotak pinggan tu RM300++ 16 psc. Akish akan pegi Langkawi 16 Mei ni..die preggy tu. Mengidam Corelle katenye. Wah kelas ko kish. :)

Thanks for reading my entries. Love, Irnie Rinawaty

No comments:

Photobucket
© Irnie Rinawaty | Templates Design by | © Nurulchumel's Design