Tuesday, May 1, 2012

LangkaWi ~ 3

Ini episod last....


Rase kejap sangat. 3 hari 2 malam memang tak cukupla bagi aku nak round sume tempat bersejarah dan dalam masa yang same shopping kat sume tempat. So kene pandai atur strategi. As usual, lepas breakfast dekat hotel..dalam pukul 9am kitorang dah gerak 2 kereta ke destinasi terakhir. Disebabkan Rams bukak pukul 10.30am, kitorang sume pegi ke dataran Helang untuk bergambar. Mama tak ikot time ni sebab tunggu dekat Rams & akan roger kitorang if Rams dah bukak. Mama paling excited ok..


Ini die...akhirnya..aku tak pernah pegi tau dataran ni. Dulu time pegi Langkawi pon tak sempat singgah
Dan...dapat jugak kami bertiga amek gambar kat Helang besar ni..Time ni lupe nak belikan Nia spek.  Chian die panas.
Yang amek gambar ni dah tentula adik aku Icap a.k.a Each a cup. Nasib ade kamera gedabak die.
Tengok tu si Yeen & Nana saje je amek gambar dekat LANG. I hate u.
Lame jugakla lepak sini. Sebab penat tau jalan. Jauh jugak nak ke sini.
Cantikkan pemandangan kat situ.
Bersama 'blogger' iyu. Yintekmarcelo.
Thanks papa sebab bawak Niny. Miahaha
Layankan jela gambar-gambar ni ye. Adik-adik ku sumenye memang gile berfoto.
Lawa jugak kain ela ni. Tak pasti Yeen beli or tak.


Ok dah habis tu, kitorang terus pegi Rams. Nasib kedai ber aircond. So selesa la nak bershopping. Anas pon cuci mate jugak tengok perfume & jam dekat situ. Nia?? berjalan satu kedai ye uoalls. Letih nak mengejar. Nasib adik-adik aku ade yang sudi melayan. Eh kedai tu ade lift tau. Update gitu. Tingkat atas bahagian langsir2 & kain alas. Aku round tingkat bawah je sebab banyak jual barangan dapur dan pelbagai jenis coklet. Rambang mata sebab sumenye murah belaka kecuali perfume.


Dah sudah tu, time lunch kitorang pegi makan dekat restoren ala ala Thai. Memang sedap.. superb.. Walaupon makan time cuaca panas giler, tapi tetap dapat nikmati dengan..yum.yum sekali. Nia suke udang butter. Aku pulak gilerkan ayam lemon die. Anas makan dengan senyapnye. :) Lepas makan aku memang dah tak larat, lagipon Nia belom tido, so terus lek bilik. Mama & geng (yeen+erra) sanggup tak makan tengahari sebab nak habiskan shopping punye pasal. Yela flight ke KLIA petang tu pukul 6pm jadi kene habiskan masa terluang dengan perkara berfaedah. Miahaha.


Gambar dekat airport tak banyak. Memasing dah penat. Tapi yang penting gambar Nia wajib ader.


* gambat Nia bersama beg yang penuh dengan mainannye. Nampak tak gambar pertama mama tangah berurut. Penat ler tu.


Ok seperti yang dijanji dalam entry lepas, ini die hasil tangkapan aku dekat Langkawi. Enjoy!


Sudip dan sudu2 dekat sana memang berkualiti + murah. Pening pilih pasal banyak sangat pilihan. Aku suke jenis sudu yang berat tu. Tak mudah bengkok. Dah beli sudu, kene beli tempat letaknye sekali. Cantikkan. Kayu. Tapi belum digunakan lagi. Sayang pulak.
Key chain memang perkara wajib yang akan dibeli oleh sume orang aku rasa, kalau pegi melancong. Tapi kalini aku tak beli key chain. Aku beli fridge magnet, itupon tak banyak. Tak sempat nak memilih. Balik rumah terus menyesal. Yang bawah tu tabung tau. Nia punye.
Haa..yang ini paling aku minat sangat. Rase nak borong banyak tapi lecehla pasal berat + risiko takot pecah. Yang set teko tu design baru. Tengok cawan die lebar sket. Yang bawah ni pulak, tempat letak kek niny. Gile kek kene la ade tempat letak kek. Eh.
Yang atas tu, tempat hiasan boleh, kalau nak gune pon boleh. Mama kate boleh letak garam & geng. Tapi tengok aku simpan jadi perhiasan. Kat sini macam takde jual je. Bawah tu dulang. Masuk ni aku ade 2 set dulang dari Langkawi. 1 kawan aku kasi time kawen dulu. Thanks Huda.
Ni pulak aku beli sebab kaler pink. Tengok tu bawah pon kaler pink gitu. Murah je ni. RM26 tak silap. Jenis tak melekat. Aku dah try. siap masak ayam masak sos lagi. Sedap kate suamiku. theeeee.
Beg ni wajib beli kate mama. Memula tak paham kenapa. Rupenye supaya dapat letak barang yang  ko dah beli tu dalam beg ni & bawak naik atas flight. Waaaa.pandainye mama. Pastu boleh tarik je senang kan. Tak berat. Beg ni harganya RM79 je. Murah. Kat sini aku tengok seratos lebih macamtu.
Ini juga dikirekan barang wajib beli. RM70 je untuk cadar seperti gambar di bawah.
Kat sini jual harga seratos lebih. Dah pasang nampak cantik pulak. 1st time beli cadar tau. Sebelum ni pakai cadar yang orang kasi hadiah kawen. Ade 3 set so buat ape membazir nak kene beli kan. :)
Lepas je pasang cadar baru, tak sempat aku nak rasmikan dulu tau pasal Nia terus meloncat atas katil sambil cakap 'Antik mimmy..Antik'
Ok. Saje je letak gambar ni last. Jeng.jeng. ini juga adalah 1st time ye aku membeli pinggan mangkuk. Lepas tu terus beli Corelle pulak. Amboi belagak. Tapi kalau tak beli kat sane, aku rase tak mampu jugak beli dekat mall. Giler mahal harge die. Kat sana kene pandai pilih, sebab harge berbeda-beda. Lepas tu corak terlalu banyak. Aku amek bunga baru. Kaler merah.
Aku beli satu set dalam kotak belakang tu. Dan tambahan seperti gambar depan. Alamak aku dah start cintakan barangan Corelle la. Macammane ni. Aku ingat nak kumpul sket2 pinggan mangkuk brand ni. Yang penting nak kumpul bunga yang sama. 


Itu saje cerita aku untuk entri kalini. Kesimpulannya, aku tak puas shopping barang & rasa nak pegi lagi. Next year nak ajak anas pegilah. Opps..aku bukan pergi sana untuk bershopping semata tau. Aku pegi untuk berjalan sesambil tu bershopping. Eh pasan tak gambar coklet takde??Tak sempat amekla. Pasal dah habis. Oklah. Nia pon da nak tido ni. Bubye..!

Thanks for reading my entries. Love, Irnie Rinawaty

1 comment:

Anonymous said...

Salam, nk tanya correlle u bw blk mcm mana? Hand carry bw msk flight eak? Berat sekotak u tau x brape? Tq eh. do share:)- K

Photobucket
© Irnie Rinawaty | Templates Design by | © Nurulchumel's Design